Assalamualaikum w.b.t Harta Peninggalan Suami ? Apa Yang Perlu Isteri Tahu | Pelbagai isu timbul apabila suami yang meninggal dunia tidak membuat apa-apa perancangan terhadap harta yang ditinggalkan. Di sini dikongsikan perkara-perkara PENTING yang perlu para isteri fahami agar sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan kehidupan dengan lebih tenang. Perkara Yang Isteri Perlu Tahu Tentang Harta Peninggalan Suami: Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid. [ 363 more words ]
https://yanieyusuf.com/2020/10/perkara-yang-isteri-perlu-tahu-tentang-harta-peninggalan-suami/